Sunday, October 25, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan


Ahad, 25 Oktober 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Cawangan Selangor yang julung-julung kalinya telah diadakan di Cawangan Selangor yang telah di hadiri oleh Pengurus Kewangan dari IPK iaitu Encik Fauzan.

Puan Fatimah Sulaiman, Pengerusi Cawangan Selangor telah menerangkan perancangan dan pandangan beliau selaku Pengerusi Cawangan dan Bendahari Kehormat IPK.

Pelbagai pandangan telah dikemukan bagi memantapkan tahap kewangan Cawangan yang kini di dalam tahap yang membimbingkan.

Antara Chapter yang hadir adalah UKM, Petaling, Hulu Langat, Ulu Selangor, Kuala Selangor. Manakala Cabang-Cabang lain tidak hadir dan juga tidak menghantar wakil. Sekiranya mesyuarat yang di panggil oleh Cawangan tidak dipandang serious oleh Chapter, ini secara tidak langsung akan menyebabkan segala yang dirancang tidak dapat berjalan dengan lancar.

Manakala dari Cawangan Selangor, yang hadir adalah Pengerusi Cawangan ( Puan Fatimah ), Naib Pengerusi 1 ( Mr. Kalai ), Bendahari Kehormat ( Mr. Thiru ), Penolong Pengarah PBS ( Azizul ), Penolong Pengarah Belia ( Mrs. Susan ) , Kuartermaster ( Mr. Kanadason ).

Secara kesimpulannya, semua akui dan akur bahawa kewangan persatuan perlu lebih mantap dan mesti tulus dan bersedia untuk di audit pada bila-bila masa.

Cabang juga diingatkan agar tidak menyalahgunakan kemudahan “tax exemption” dan laporan perlu di hantar ke Cawagan.

Template dan Garis Panduan juga akan dikeluarkan kepada semua Cabang bagi memudahkan mereka sekiranya ingin meminta peruntukkan dari pihak Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD ).

Mesyuarat telah berakhir jam 1.30 petang dengan jamuan makan tengahari.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment