Wednesday, January 20, 2010

Tugas Thaipusam

1. Adalah di maklumkan bahawa tugas thaipusam di batu caves akan diadakan pada 29 Januari hingga 1 Februari 2010.

2. Laporan yang dikeluarkan oleh BSMM Cabang Gombak terdapat seramai 466 Pegawai serta      Sukarelawan telah bertugas sepanjang Thaipusam pada 2009 dan terdapat sebanyak 191 jenis kes yang telah dirawat sepanjang tugas di sana.

3. Walaubagaimanapun, jumlah itu masih tidak mencukupi memandangkan jumlah kehadiran orang awam yang ramai.

4. Kami berharap lebih ramai sukarelawan akan tampil ke hadapan dan memberi khidmat sukarela dalam membantu mejayakan tugas tahun ini.

5. Jadual tugas untuk thaipusam adalah seperti berikut :-
i) Tugas A – 29 /01/ 2010 Masa : 0001 hrs – 1400 hrs
ii) Tugas B – 29/01/2010 Masa : 0800 hrs – 2100 hrs
iii) Tugas C – 29/01 – 30/01 Masa : 2000 hrs – 0900 hrs
iV) Tugas D – 30 / 01 / 2010 Masa : 0800 hrs – 2100 hrs
v) Tugas E – 30 /01 – 31/01 Masa : 2000 hrs – 0900hrs
vi) Tugas F – 31/01/2010 Masa : 0800hrs – 1700 hrs
vii) Tugas G – 31/01- 01/02 Masa : 1600 hrs – 0200 hrs

6. Di harapkan semua sukarelawan yang berminat untuk memberi khidmat sukarela mereka pada tugas-tugas yang dinyatakan di atas berhubung dengan Pegawai Penjaga PBS Cabang masin-masing.

7.Adalah di ingatkan agar semua sukarelawan untuk melaporkan diri 10 minit sebelum waktu tugas bermula
.
8. Sukarelawan di galakkan untuk datang bertugas dengan menaikki perkhidmatan komuter KTM kerana sekiranya memandu kenderaan sendiri di khautiri susah mendapat tempat letak kenderaan.

9. Adalah di maklumkan menaikki KTM Komuter adalah percuma untuk sukarelawan dengan syarat perlu memakai uniform.

10. Sukarelawan juga di galakkan untuk membawa beg ubat, kain anduh dan botol air semasa bertugas.

11. Makanan dan minuman bagi ahli-ahli yang bertugas akan disediakan oleh BSMM Cabang Gombak.