Tuesday, December 29, 2009

HAPPY NEW YEAR 2010


BULAN SABIT MERAH CABANG HULU SELANGOR MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA.!!!

Monday, December 21, 2009

PENGAMBILAN AHLI BARU BULAN SABIT MERAH HULU SELANGOR 2010

SYARAT:
- Umur melebihi 16 tahun
- Boleh memberi komitmen
- Latihan akan diberi


UNTUK KETERANGAN LANJUT ATAU PENDAFTARAN
SILA HUBUNGI:
EN ATCHU : 0126734354
EN AMARAN : 0129321875
EN KALAI : 0166572127

Sunday, December 20, 2009

Thaipusam Duty

Salam Sejahtera.

Saya telah di maklumkan bahawa Thaipusam adalah pada 30 Januari 2010.

Berikutan dengan itu, satu latihan usungan akan diadakan pada 17 Januari 2010 di Batu Caves.

Semua sukarelawan yang berminat sila berikan nama pada Komandan pasukan dan mesyuarat khas mengenai thaipusam ini akan di panggil kelak.

Latihan serta tugas thaipusam ini merupakan satu pengalaman yang bagus untuk semua sukarelawan. Saya berharap kepada semua sukarelawan yang masih belum pernah bertugas untuk sama-sama datang dan menimba pengalaman.

Sekian.

Friday, December 11, 2009

ALERT !

Di minta semua Sukarelawan berada dalam siap sedia memandangkan terdapat terdapat beberapa negeri melanda banjir dan teruk dan di Negeri Selangor ini juga terdpat beberapa daerah yang telah di kenalpasti sebagai kawasan bahaya.

Sehubungan dengan itu, saya memohon semua Komandan pasukan untuk memastikan kekuatan pasukan anda agar sekiranya berlaku sesuatu bencana, sukarelawan kita dapat respon dengan pantas.

Monday, December 7, 2009

RM55.6j bantu mangsa banjir

KUALA TERENGGANU 6 Dis. - Kerajaan Pusat akan menyalurkan peruntukkan sebanyak RM55.6 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara menerusi Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengagihan bantuan ihsan akan dibuat secara adil kepada semua mangsa sama ada mereka berpindah atau tidak akibat banjir.

Beliau berkata, jumlah tersebut dijangka meningkat bergantung kepada perkembangan semasa keadaan banjir yang sering melanda negara kebelakangan ini.

''Kerajaan akan sentiasa menyediakan bantuan kepada rakyat yang menjadi mangsa dalam pelbagai bentuk bantuan dan keadaan.

"Jika dinilai bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir ia merangkumi bantuan yang menyeluruh termasuk penempatan perpindahan yang selesa, penyediaan pelbagai jenis makanan, kerosakan harta benda dan wang tunai.

"Jadi saya berani katakan bahawa kerajaan Malaysia merupakan kerajaan terbaik di dunia dalam memberi bantuan kepada rakyatnya yang ditimpa bencana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Ihsan Bencana Banjir Daerah Kuala Terengganu di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak di sini hari ini.

Pada majlis tersebut Najib turut menyampaikan bantuan sebanyak RM300 kepada 363 mangsa banjir di sekitar daerah Kuala Terengganu.

Mengulas lanjut beliau berkata, bantuan kepada mangsa banjir diberikan kepada mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan dan yang tidak berpindah.

Bagaimanapun, katanya, setiap pengagihan perlu disahkan oleh Majlis Keselamatan Negeri (MKN) bagi membolehkan mereka menerima wang ihsan berkenaan.

Ditanya mengenai mangsa banjir yang maut sering melibatkan kanak-kanak, Najib menasihatkan agar ibu bapa memainkan peranan dalam mengawal anak-anak mereka.

Ujarnya, banjir bukan satu pesta air dan ibu bapa perlu mengawasi anak-anak masing-masing.

"Kita tidak mampu untuk meramal keadaan banjir sama ada ia bahaya ataupun tidak justeru, itu anak-anak perlu dikawal bagi mengelak sebarang tragedi pada musim banjir ini," jelasnya.

Saturday, December 5, 2009

Keadaan banjir membimbangkan


Sehingga lewat petang ini, 23,323 mangsa banjir di Pahang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan, manakala bandar Mentakab pula lumpuh sepenuhnya apabila ditenggelami air sedalam satu meter.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 3,047 orang berbanding 2,291 orang semalam manakala di Sarawak meningkat kepada 74 orang.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir Johor menurun kepada 7,662 orang berbanding 13,817 orang semalam sementara di Negeri Sembilan, hanya 89 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan.

Sementara keadaan banjir di Pahang menyebabkan bandar Mentakab dan Jerantut terputus hubungan berikutan jalan yang menghubungkan antara kedua-dua bandar itu rosak akibat arus deras.

Banjir di negeri itu juga meragut korban ketiga apabila mayat seorang pemuda yang terjatuh ke sungai berhampiran kilang kelapa sawit Felda Bukit Tajau, Maran pukul 3.40 petang semalam ditemui tiga jam selepas itu.

Mayat mangsa, Mohd. Ridzuan Jaafar, 23, ditemui pada pukul 6.45 petang semalam tidak jauh dari kawasan dia dilaporkan terjatuh.

Penemuan itu menjadikan jumlah mangsa yang mati lemas di semua negeri yang terjejas akibat bencana itu kini meningkat kepada 17 orang.

Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri memberitahu, Kuantan mencatat mangsa banjir tertinggi dipindahkan dengan 5,730 orang diikuti Maran (4,340), Pekan (4,245), Rompin (3460), Bera (2,221), Temerloh (1,672), Jerantut (371) dan Kuala Lipis (104).

Sebanyak 204 pusat pemindahan dibuka hari ini bagi menampung mangsa banjir iaitu 63 di Temerloh, Maran (37), Pekan (30), Rompin (25), Kuantan (16), Bera (14), Jerantut (12) dan Kuala Lipis (7).

Paras air yang semakin naik turut menyebabkan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Kilometer 113.3 dekat Lanchang, ditutup di kedua-dua arah kepada kenderaan ringan.

Ini menyebabkan semua pengguna jalan raya yang hendak ke Kuantan atau Kuala Lumpur terkandas berikutan tiada jalan alternatif yang boleh dilalui.

Antara jalan utama lain yang ditutup kepada semua lalu lintas ialah Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Jalan Pekan-Paloh Hinai dekat Pulau Keladi, Pekan dan Jalan Pekan-Rompin di Kilometer 15 dekat Sungai Miang, Pekan.

Di Temerloh, air dari Sungai Pahang terus melimpah walaupun tidak ramai mangsa banjir yang dipindahkan di daerah tersebut. Penduduk daerah itu kini berdepan dengan masalah gangguan bekalan air.

Sementara itu, seramai 666 mangsa banjir di Raub dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas semua pusat pemindahan sementara ditutup pukul 2 petang ini berikutan air semakin surut.

Di Johor, daerah Segamat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 5,836 orang dipindahkan ke 43 pusat pemindahan, diikuti Muar dengan 1,024 mangsa.

Di daerah Mersing pula, 313 mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan; di Johor Bahru (282 mangsa di satu pusat pemindahan) dan Batu Pahat (207 mangsa di tujuh pusat pemindahan) manakala pusat pemindahan di Kota Tinggi dan Kluang sudah ditutup.

Di Kelantan, Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, jajahan Kota Bharu dan Tanah Merah terjejas teruk apabila masing-masing mencatatkan seramai 911 dan 620 mangsa di 17 pusat pemindahan.

Ini diikuti oleh Kuala Krai seramai 607 orang, Pasir Mas (442 orang), Tumpat (253 orang) dan Machang (214 orang) namun tiada lagi mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di Gua Musang dan Jeli.

Di Sibu, Sarawak, keadaan juga semakin buruk apabila 74 orang di daerah itu dipindah ke pusat pemindahan banjir berbanding 30 orang semalam.

Keseluruhannya keadaan banjir di bahagian tengah Sarawak iaitu Sibu, Kanowit, Selangau, Song dan Julau sejak semalam, tidak banyak menunjukkan perubahan.

Sementara itu, di Kanowit, hampir 500 orang dari 18 kawasan yang sebahagian besarnya penghuni rumah panjang terputus hubungan apabila laluan masuk ke kediaman mereka ditenggelami air sehingga kira-kira 1.5 meter.

Jurucakap Pusat Gerakan Banjir Kanowit berkata, antara yang terlibat termasuk rumah panjang Slunggun, Awin, Mapai, Kampung Cina, Ngadan Libus, Benjamin Aki, Rantau Kemeding, Bangau dan pekan Kanowit.

Di Terengganu, paras air di tiga sungai utama melepasi paras berjaga-jaga, namun tiada kejadian banjir dilaporkan berlaku hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu berkata, jalan-jalan yang ditutup akibat banjir semalam, sudah dibuka semula.

Wednesday, December 2, 2009

PENGAMBILAN AHLI BARU

pengambilan ahli baru BULAN SABIT MERAH HULU SELANGOR bg siri 1 tahun 2010 telah bermula

latihan akan diberikan

syarat kelayakan ;
- umur mesti melebihi 17 tahun pada tarikh pendaftaran

untuk mendaftar atau ingin mengetahui lebih jelas
SILA HUBUNGI :
EN ACU : 0126734354
EN AMARAN : 0136929084 , 0129321875
EN KALAI : 0166572127

Wednesday, November 25, 2009

tanah runtuh di Desa Melor,Serendah

Seramai 21 orang penduduk yang berhadapan dengan bahaya tanah runtuh akibat cerun yang runtuh pada 2 hari yang lepas telah bersetuju untuk berpindah selepas menerima nasihat dari pejabat daerah Hulu Selangor melalui surat yang dikeluarkan.
Sdr Nashruddin Abd Aziz selaku Penyelaras Dun Batang Kali bersama dengan Sdr Kamal, Pengerusi Penduduk Desa Melor bersama dengan Sdr Anaz dari syarikat pembinaan yang dilantik oleh JKR telah membuat lawatan dan berdailog dengan sebahagian dari mangsa tanah cerun yang runtuh tersebut.
Turut hadir adalah Sdr Cheah. ahli majlis dan pegawai-pegawai dari pejabat Dun Batang Kali.


Friday, November 6, 2009

PERKHEMAHAN LINK PBSM DAERAH HULU SELANGOR

TERIMA KASIH KEPADA VAD PERAK, GURU-GURU SERTA VAD HULU SELANGOR KERANA BERJAYA MENJAYAKAN PROGRAM INI....



























Wednesday, November 4, 2009

kejadian tanah runtuh di Kilometer 12, Jalan Selayang-Templer, berhampiran Kolam Air Panas, pada 03/11/09 jam 2.45 pagi

Pasukan Smart sedang memeriksa runtuhan tanah bagi mengesan jika ada mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 12, Jalan Selayang-Templer, berhampiran Kolam Air Panas

Kejadian tanah runtuh di Kilometer 12, Jalan Selayang-Templer berhampiran Kolam Air Panas, berkeluasan antara 200-250 meter sehingga menutupi kedua-dua laluan.

KERJA-kerja mengangkut tanah keluar dari kawasan kejadian tanah runtuh di Kilometer 12, Jalan Selayang - Templer giat dijalankan

Tuesday, October 27, 2009

Pengambilan ahli baru BULAN SABIT MERAH HULU SELANGOGR bg siri 1 tahun 2010

pengambilan ahli baru BULAN SABIT MERAH HULU SELANGOGR bg siri 1 tahun 2010 telah bermula
syarat kelayakan ;
- umur mesti melebihi 17 tahun pada tarikh pendaftaran

untuk mendaftar atau ingin mengetahui lebih jelas
SILA HUBUNGI :
EN ACU : 0126734354
EN AMARAN : 0136929084 , 0129321875
EN KALAI : 0166572127

Monday, October 26, 2009

COMING SOON..!!!!

Perkhemahan link akan dia ade kan pada bulan November.. Harap semua guru dah pelajar bersedia...

Sunday, October 25, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan


Ahad, 25 Oktober 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Cawangan Selangor yang julung-julung kalinya telah diadakan di Cawangan Selangor yang telah di hadiri oleh Pengurus Kewangan dari IPK iaitu Encik Fauzan.

Puan Fatimah Sulaiman, Pengerusi Cawangan Selangor telah menerangkan perancangan dan pandangan beliau selaku Pengerusi Cawangan dan Bendahari Kehormat IPK.

Pelbagai pandangan telah dikemukan bagi memantapkan tahap kewangan Cawangan yang kini di dalam tahap yang membimbingkan.

Antara Chapter yang hadir adalah UKM, Petaling, Hulu Langat, Ulu Selangor, Kuala Selangor. Manakala Cabang-Cabang lain tidak hadir dan juga tidak menghantar wakil. Sekiranya mesyuarat yang di panggil oleh Cawangan tidak dipandang serious oleh Chapter, ini secara tidak langsung akan menyebabkan segala yang dirancang tidak dapat berjalan dengan lancar.

Manakala dari Cawangan Selangor, yang hadir adalah Pengerusi Cawangan ( Puan Fatimah ), Naib Pengerusi 1 ( Mr. Kalai ), Bendahari Kehormat ( Mr. Thiru ), Penolong Pengarah PBS ( Azizul ), Penolong Pengarah Belia ( Mrs. Susan ) , Kuartermaster ( Mr. Kanadason ).

Secara kesimpulannya, semua akui dan akur bahawa kewangan persatuan perlu lebih mantap dan mesti tulus dan bersedia untuk di audit pada bila-bila masa.

Cabang juga diingatkan agar tidak menyalahgunakan kemudahan “tax exemption” dan laporan perlu di hantar ke Cawagan.

Template dan Garis Panduan juga akan dikeluarkan kepada semua Cabang bagi memudahkan mereka sekiranya ingin meminta peruntukkan dari pihak Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD ).

Mesyuarat telah berakhir jam 1.30 petang dengan jamuan makan tengahari.

Friday, October 16, 2009

hapy depavali to all indian;s

Wednesday, September 30, 2009

RESOURCES PERSON SKILLS TRAINING FOR MRC YOUTH LEADERS ON HIV/AIDS

PK BSMM telah bekerjasama dengan Malaysian AIDS Council (MAC) untuk menganjurkan satu kursus untuk melatihkan ahli yang berpotensi untuk menjadi bakal jurulatih dalam bidang HIV/AIDS.

Fasilitator yang mengendalikan kursus ini merupakan jurulatih dari Malaysian AIDS Council. Mereka ialah Encik Surain A.Victor, Manis Chen dan Saedah Md. Rashid.

Urusetia yang telah bertungkus lumus untuk mengaturkan segala hal ehwal untuk kursus yang berjalan selama 3 hari tersebut ialah Puan Parvathi Rajoo @ Para dan Encik Zulhisham Abdul Jamil dari IPK BSMM.

25 peserta telah menghadiri kursus ini dan semua peserta merupakan ahli BSMM dari Cawangan Selangor dan Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.




Tuesday, September 22, 2009

LNC bed mattress and tuition help

Calling out to any willing volunteer/public/ company, Lovely Nursing Center SS3 (Home for abandoned elderly, Petaling Jaya) wishes to get 10 new bed mattresses in replace of their old ones. Kindly contact the home at 78768071.

Children of LNC needs tuition, particularly on language. There are 5 children who have not been to school before, they need to start from zero. Right now they can communicate with simple BM and English, but that's the best they can do. They can't really read, they don't understand the words they read. They can't do maths very well either. There is also a form 1 girl who needs guidance with English science and maths. Anyone keen to be involved in the tuition programme / for more information please notify me.

Thank you. Have a pleasant week ahead-

Wednesday, September 16, 2009

SeLaMaT HaRi RaYa.....!!!!!!!!

Di hari yang mulia sepuluh jari kami hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana kami masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin