Wednesday, November 25, 2009

tanah runtuh di Desa Melor,Serendah

Seramai 21 orang penduduk yang berhadapan dengan bahaya tanah runtuh akibat cerun yang runtuh pada 2 hari yang lepas telah bersetuju untuk berpindah selepas menerima nasihat dari pejabat daerah Hulu Selangor melalui surat yang dikeluarkan.
Sdr Nashruddin Abd Aziz selaku Penyelaras Dun Batang Kali bersama dengan Sdr Kamal, Pengerusi Penduduk Desa Melor bersama dengan Sdr Anaz dari syarikat pembinaan yang dilantik oleh JKR telah membuat lawatan dan berdailog dengan sebahagian dari mangsa tanah cerun yang runtuh tersebut.
Turut hadir adalah Sdr Cheah. ahli majlis dan pegawai-pegawai dari pejabat Dun Batang Kali.


Friday, November 6, 2009

PERKHEMAHAN LINK PBSM DAERAH HULU SELANGOR

TERIMA KASIH KEPADA VAD PERAK, GURU-GURU SERTA VAD HULU SELANGOR KERANA BERJAYA MENJAYAKAN PROGRAM INI....



























Wednesday, November 4, 2009

kejadian tanah runtuh di Kilometer 12, Jalan Selayang-Templer, berhampiran Kolam Air Panas, pada 03/11/09 jam 2.45 pagi

Pasukan Smart sedang memeriksa runtuhan tanah bagi mengesan jika ada mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 12, Jalan Selayang-Templer, berhampiran Kolam Air Panas

Kejadian tanah runtuh di Kilometer 12, Jalan Selayang-Templer berhampiran Kolam Air Panas, berkeluasan antara 200-250 meter sehingga menutupi kedua-dua laluan.

KERJA-kerja mengangkut tanah keluar dari kawasan kejadian tanah runtuh di Kilometer 12, Jalan Selayang - Templer giat dijalankan